KEM@R@U DI H@TI

January 23rd, 2006 by juehaniff

21 J@NU@RY 2006

Perlu diapakan pada sebuah suratan? Kesal? Sesiapapun akan menyesali andai inilah takdir yg harus di terima. Milik kita hanyalah pertemuan… Milik kita hanyalah impian… Milik kita yg abadi adalah perpisahan!

Memang ini ujian. Memang ini ketetapan. Menerima atau menolak… kita tidak di beri pilihan.

Haniff…

Yg terakhir ini.. kasih syg kian terasa dekatnya

Sentuhan.. kian terasa hangatnya

Belaian.. kian terasa betapa aku masih belum puas menikmati nikmat kehidupan.

Lalu…

Yg akan aku tinggalkan.. adalah dirimu

Seorg SAHABAT, KEKASIH, TUNANGAN…

Yg kasih sayangnya.. umpama mata air yg tidak pernah kering alirannya…

TERIMA KASiH HANiFF!!!

keb@ik@n / kej@h@t@n

January 20th, 2006 by juehaniff

Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
– Ibnu Abbas

@irm@t@

January 19th, 2006 by juehaniff

dalam aku menuju gerbang bahagia… ku sangka hanya gembira yg bertamu dlm hidupku n keluargaku.. tapi rupanya tidak… iri hati dan hasad dengki manusia tak pernah henti…

kenapa pergaduhan mesti tercipta antara adik beradik… dan kenapa aku, adik2 dan sepupu2ku menjadi mangsa dalam perbalahan ini…

kembalilah kasih

kasih sayang sesama kita

sama bergandingan

tempuhi segala…

W@J@H…SenYum @ TanGis

January 17th, 2006 by juehaniff

YaAllah! kiranya yg aku tanggung penuh luka ini adalah sesuatu yg sia2 di sisiMu, lenyapkanlah, padamkanlah… namun kiranya rasa kasihku ini adalah dlm redhaMu… mekarkanlah selalu meskipun aku harus bertarung antara bahagia dan derita…

apakan putik kan menjadi bunga

kiranya cuaca sering gerhana

dapatkah kasih bersemi selamanya

ataupun aku harus berserah

kepadaNya, YANG MAHA ESA

mestikah ada satu pengorbanan

sehingga terjadinya perpisahan

kiranya itu satu permintaan

perlu kah kau dan aku merelakan

kita hanya insan yg selalu mengharapkan

suatu yg indah dalam percintaan

kiranya tiba dugaan yg mendatang

aku.. kau tinggalkan

perlukah aku terus mengharapkan

camar yg hilang

pulang ke sarang

apakah masih ada kerinduan

yg tersimpan di hatimu syg…

PENGORB@N@N

January 7th, 2006 by juehaniff

yaALLAH! wajahku yg sebenar ialah wajah yg sedang menangis itu. itulah wajahku yg sebenar! maka dlm selemah dan sehina mana pun diriku ini, tunjukkanlah aku jalan yg benar buat ku lalui agar nanti aku sampai kpdMu bukan dlm keadaan pilu. tunjukkanlah daku YaALLAH, apakah harus ku hidup dgn senyuman sedangkan hatiku yg sebenar sedang menangis??? atau adakah perlu aku zahirkan pada dunia..WAJAHKU YG SEBENAR??? begitukah yaAllah…

C@M@R YG PUL@NG!

January 6th, 2006 by juehaniff

aku nak post satu luahan rasa dr seorg sahabat lama…terbekesan sgt kat hati ni…dah lah aku memang kuat nangis… kita baca dulu ek…

Biarkan Dia Terbang

Masa Kecik2 dulu aku suka bela burung, lagi2 kalau anak burung tiung (konon2 bila besar nnt aku nak ajar dia bercakap). Tiap2 pagi aku akan ajak adik aku @ kawan2 aku pergi cari belalang rumput, nak bagi burung tiung kesayangan aku tu makan. Aku sayanggg sgt burung tiung aku tu, hari2 aku akan belai dia. Kadang2, aku siap mandikan dia lg, bg wangi sikit (pastu sian lak tengok burung tu menggigil sejuk :p).

Bila burung tu dah besar sikit, aku ajar dia terbang. Mula2 tu baru terbang berapa saat dah jatuh balik, tp tak lama lps tu, bukan main lg…ye la, nama pun burung. Paling best bila tengok dia terbang dr atas bukit, pastu kejar burung tu sampai kaki bukit. hmmm, seronok sgt!

Tp satu hari tu…burung tu terbang jauh sgt sampai tak larat aku nak kejar. makin lama makin jauh, makin hilang dr pandangan aku. Masa tu rasa sedih sgt. Burung tiung yang aku sayang selama ni dh terbang tinggalkan aku. Dari kecik aku bela dia, tp bila dia dh besar, dh pandai terbang dia tinggalkan aku. Sedih, kecewa, sume ada…

Tu cerita aku masa zaman kanak2 dulu. Dh belas2 tahun dh aku rasa. Tp kisah ni mengajar aku tentang satu perkara - Walau betapa sayangnya aku pada dia, aku tetap tak mampu nak halang dia daripada tinggalkan aku. Andai pemergiannya bakal membawa kebahagiaan padanya, aku redha. Dan doa aku akan tetap mengiringi pemergiannya - kerana kebahagiaannya adalah kebahagiaanku jua.

Biarkan dia terbang bebas!

Faizal…maaf ek kerana curi tanpa izin luahan ko ni…

tapi…

bagai ada yg menyentuh ruang sepi di hatiku…

CAMARKU…PULANGLAH!!!

AKU MERINDUIMU SETULUS HATIKU!

SK SG HJ MOHD, TELUK INTAN, PERAK

January 2nd, 2006 by juehaniff

CIKGU MUHAMAD HANIFF BIN AHMAD TAJUDDIN

(TERIMA KASIH BUAT SEMUA INSAN YG BERGELAR GURU…)

Langkah pertama kau atur hari ni

3 januari 2006

Moga Allah memberkati setiap ayunan kakimu

Percayalah…

Betapa di sisiNYA ada ganjaran amat bernilai

Untukmu guru…

KAU SEGALANYA!

S@L@M 1ZULHIJ@H @ S@LAM T@HUN B@RU 2006

January 1st, 2006 by juehaniff

SEN@RIO KEHIDUP@N

Lihatlah kehidupan,

dengan warna-warna tumbuhan,

dan kau akan tahu,

bahawa,

seribunga ialah saat bahagia…

Batangnya yang kukuh,

segah,

dan kering itu…

seperti dirimu,

yg adakalanya gagah,

tegar dan lemah,

menghadapi cabaran..

Namun,

kau terus berdiri…

Daun yg kering berlubang,

di jamah ulat atau,

kekurangan zat,

ialah penyakit yg datang,

tanpa diundang…

Pucuk tetap tumbuh,

bagai harapan yang tidak pernah padam…

Hakikatnya…

jika di kombinasikan,

kehidupan itu lengkap,

seperti tumbuhan,

walaupun dengan pelbagai kelemahan…

GADIS…WANITA…ISTERI…IBU

December 31st, 2005 by juehaniff

HANYA KERANA DIA

(Untuk seorg ISTERI)

Pada waktu-waktu yg menjelma…

Hanya kerana dia seorg GADIS

Memelihara baris-baris kata

Menjadi lembut & berhemah

Menzahirkan wajah keluarga

Dengan minda saksama…

Pada waktu-waktu yg berdiri…

Hanya kerana dia seorg WANITA

Memikul amanah diri

Mencari persada hakiki

bahagia sentiasa di cari…

Pada waktu-waktu yg berlari…

Hanya kerana dia seorg ISTERI

Di sisi suami

Meredah onak duri

Mengeratkan tautan hati

Baginya…

Suami adalah segala-galanya

Perit dan pedih

Kesayuan dan kesedihan

Terangkum menjadi satu

Dalam diri yg tidak berpaksi

Gundah perasaan semata…

Pada waktu-waktu yg terhenti…

Dia bukan lagi tercari-cari

Sesuatu yg tidak pasti

Hanya kerana dia seorg IBU

Telah cuba utk mengerti segala-galanya…

satu pertemuan….

December 30th, 2005 by juehaniff

27/12/2005..selasa..11:45a.m

Alhamdulillah…

Dengan izinMU…dua keluarga ini bertemu…indahnya kasih sayang yg bertaut kerana mengasihiMu…