Archive for May, 2006

2bulan sebelum impian kasih

Wednesday, May 10th, 2006

emmm….lamanya tak tulis…dah kering idea sebenarnya… sekarang ni aku kat uia…macam biasalah…wat clearance… ALHAMDULILLAH ‘ALA KULLIHAL… semua dah setel…dah dapat academic transcript, dah dapa surat pengesahan habis belajar, tunngu nak convo aja lagi…

sedihnya masa kad matriks kena potong dek pak guard…dah duk pujuk2 dah pak cik agar jgn di potongnya…tapi nak wat macam mana, dah muka aku dalam kat tu pun dah macam ‘hidup segan, mati tak mahu’, jadi alang2 kad tu dah nak terbahagi dua, baik di potong terus kan… maka termaktublah bahawa diri ini adalah exstudent uiam!

JULIANA BINTI ISOF (0033538)

BACHELOR OF HUMAN SCIENCES (PSYCHOLOGY) (HONOURS)

emmm…. tapi dah 6 bulan aku tanam buah, tanam anggur tak menjadi, tanam mangga langsung tak boleh… so sekarang aku dah pun hantar permohonan baru ke tnb, harap2 diterima…maklumlah aku berhutang dgn mereka hampir Rm21ribu…3thn kat uia, tu lah syarikat yg jadi sponsor… then ni tgh nak update borang kpli, tapi memandangkan hari ni hari last, jadi lamannya susah bebenor nal login…ishk3x… ikutkan tak dalah minat sgt jadi guru, but kerana lepas ni aku akan berkahwin dgn seorg guru n ibu bapa mertuaku juga dalah guru, ipar duaiku juga guru…n plg pntng aku ambil bahagian pendidikan khas kerana adik bongsuku juga seorg pelajar istimewa di sek khas…mungkin ini yg terbaik buatku…amin!