SELEPAS 3 HARI

Emmm… dah 3 hari rupanya… ALHAMDULILLAH… Sehingga saat ini, semuanya berjalan dgn lancar, dgn baik, dgn kasih syg n ku doakan selalu mg diriku, keluargaku, tunanganku dan keluarganya di satukan dlm ukhwah yg berpanjangan n di redhai ALLAH..

Haniff dah pun mula mengajar semula hari ini.. mesti penat tu kan… dahlah semalam memandu lebih 6 jam dr kelantan ke teluk intan.. hari ni dah mula mengajar, pulak tu kena berhadapan dgn penyelia lak hari ini… x palah, bukankah itu tanggungjawab seorg guru kan..

Aku? macam biasalah… masih kat dpn pc… klik sana, klik sini, isi borang tu, isi borang ni, hantar resume kat situ, pos resumu kat sini… insyaAllah, bila tiba rezki ku, ALLAH akan bukakan pintunya dgn sebaik-baik pembukaan, amin!!

mak abah?? macam biasalah… abah sibuk kat pejabat tnb dia… mak lak… satu rumah ni dia sibuk… bukan aku dgn adik2 tak da… tapi faham2 ajalah kan… bak kata ayahman aku ni lah, mak abah aku ni dah tak sabar nak meyambut menantu.. hehehe…

sebut pasal ayahman…. kat manalah dia la ni ek… rasanya tentu dlm bas ke seremban lagi ni… ingat zaman2 aku duk bonceng motor dgn dia… bukan sekejap…4 thn tau… zaman sek men dulu.. ada ker aku yg anak sedara ni di katakan awek dia… kuang3x… ayah man aku ni bilalah agaknya nak bawa calon balik umah… anak sedara dah dkt 30 org… semua duk nanti pakcik bongsu ni kahwin… dahlah umur sebaya aku… di mintanya aku denda langkah bendul dia… patutkah??? ;-p

Andak dah balik uia.. rasanya mesti bz sgt lah tu… maklumlah sem ni sem last dia. berapa bulan aja lagi nak masuk gombak lah tu… tapi aku rasa macam adik aku ni nak kahwin awal aja… ish3x… alang? aku pun tak ketemu lagi dgn bakal adik ipar aku ni.. tapi aku harap dia boleh jadi yg "TERBAIK"…

kak tang n anjang pun dah balik hostel… rindulah aku kat korang dua org ni… yg sorang tu teman aku paling kamcing kat umah ni, kat dapur dia yg tolong, masa aku tidur pun dialah yg temankan…hehehe… yg sorang lagi tu, em…adik comel aku ni, kalu senyum, meleret2…lesung pipit dia tu…alahai…wat aku jeles aja…

kakak lak nampaknya masih menyambung cutinya… hehehe… tahulah cuti spm ko panjang…. tapi ingat ek… cuti ko kat kantin tu tinggal 3 hari aja lagi tau… hehehe… selamat kembali menjual makanan kat bdk2 sek, selamat kembali melayan cikgu2 handsome yg asyik suruh ko wat air n itu inilah, selamat membasahkan diri dgn air cucian membasuh pinggan tu ek… hehehe… jgn mare dik… elok apa… lembut skt tgn ko tu kan… pas ni senanglah nak tlg aku kat dapur kan… (”,)

abg de? ni lah yg wat aku gelak dr malam tadi lagi. aku yg bertunang, aku yg nak bernikah, tapi adik laki aku sorang ni lak yg awal2 pagi ni dah p pejabat qadhi, nak tahu wat apa?? ha… p ambil kursus kahwin!!! hehehe… awat ni abg de… nak langkah bendul ngah ker… hehehe… tak pa2… belaja elok2 yerk… bukan mudah nak jadi suami mithali tau.. hehehe

dik yah? hehehe… adik comel yg montel ni… uish3x.. teringat lagi aku masa majlis bertunang tu… masa rombongan baru sampai… ada ker patut dia cakap "abg haniff (2x)… ngah ada kat dlm bilik!"… kuang3x… malunya aku… hehehe…tapi aku tahu, dia ni lah penyeri family aku…

hari ni dah pun 3 hari… ish3x… nampaknya betul cakap nik aku… siap sedia dr sekarang… wat sikit2… jgn dah terdesak nanti baru nak wat… nanti masa tu dah tak sempat nak survey harga, dah tak sempat nak prepare sgt…

tapi apa yg aku nak mulakan hari ni???

Leave a Reply