Archive for December, 2005

GADIS…WANITA…ISTERI…IBU

Saturday, December 31st, 2005

HANYA KERANA DIA

(Untuk seorg ISTERI)

Pada waktu-waktu yg menjelma…

Hanya kerana dia seorg GADIS

Memelihara baris-baris kata

Menjadi lembut & berhemah

Menzahirkan wajah keluarga

Dengan minda saksama…

Pada waktu-waktu yg berdiri…

Hanya kerana dia seorg WANITA

Memikul amanah diri

Mencari persada hakiki

bahagia sentiasa di cari…

Pada waktu-waktu yg berlari…

Hanya kerana dia seorg ISTERI

Di sisi suami

Meredah onak duri

Mengeratkan tautan hati

Baginya…

Suami adalah segala-galanya

Perit dan pedih

Kesayuan dan kesedihan

Terangkum menjadi satu

Dalam diri yg tidak berpaksi

Gundah perasaan semata…

Pada waktu-waktu yg terhenti…

Dia bukan lagi tercari-cari

Sesuatu yg tidak pasti

Hanya kerana dia seorg IBU

Telah cuba utk mengerti segala-galanya…

satu pertemuan….

Friday, December 30th, 2005

27/12/2005..selasa..11:45a.m

Alhamdulillah…

Dengan izinMU…dua keluarga ini bertemu…indahnya kasih sayang yg bertaut kerana mengasihiMu…

satu pertemuan….

Thursday, December 29th, 2005

27/12/2005..selasa..11:45a.m

Alhamdulillah…

Dengan izinMU…dua keluarga ini bertemu…indahnya kasih sayang yg bertaut kerana mengasihiMu…